Thursday 29 September 2011

AKTIVITI 7


Huraikan secara ringkas maksud semua teras pengetahuan guru kecuali PCK (pedagogical content knowledge).

Terdapat 6 teras pengetahuan guru selain PCK iaitu:

Pengetahuan isi kandungan (Knowledge of Content)
Merangkumi aspek pengetahuan substantif dan pengetahuan sintaktik. Pengetahuan substantif merupakan bahagian paling penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran. Ia juga merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata pelajaran. Pengetahuan sintaktik merujuk kepada kaedah yang melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan dimantapkan, kaedah di mana pengetahuan baru diterima melalui beberapa prosedur uji kaji dan  pengesahan.

Pengetahuan tentang pelajar dan ciri mereka (Knowledge of learners and their characteristics)
Merupakan pengetahuan tentang sifat pelajar dalam julat umur tententu, sifat sosial mereka, tingkah laku mereka dalam bilik darjah dan di sekolah, budaya hidup serta minat dan kecenderungan mereka. Maklumat-maklumat ini dapat membantu guru menyesuaikan kaedah pengajaran mereka.

Pengetahuan kurikulum (Curriculum knowledge)
Pengetahuan kurikulum ialah pengetahuan tentang kurikulum dalam pengertiannya yang luas mengenai program pengajian dan jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran. Bagi Shulman, pengatahuan ini juga dianggap sebagai ‘alat’. Bahan yang digunakan tidak terhad kepada apa yang disediakan sahaja, guru perlu kreatif dan inovatif untuk mencipta alat bantu mengajar sendiri mengikut kesesuaian pelajar dan sebagainya.

Pengetahuan pedagogi am (General pedagogical knowledge)
Merujuk kepada pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperoleh melalui amalan, sebagai contoh, tentang cara mengawal dan mengurus bilik darjah dan cara menarik dan mengekalkan minat pelajar. Namun begitu, pengalaman seseorang guru turut membantu walaupun tiada pengetahuan mendalam mengenai pedagogi am. Malah pengalaman lebih membantu sebenarnya jika dibandingkan dengan pengetahuan terhadap teori semata-mata.

Pengetahuan konteks pendidikan (Knowledge of educational contexts)
Pengetahuan ini adalah tentang semua latar di mana pembelajaran berlangsung: sekolah, bilik darjah dan konteks pendidikan yang lebih luas bagi komuniti dan masyarakat. Konteks boleh berubah sepenuhnya. Konteks mempunyai kesan yang besar ke atas prestasi mengajar dan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan guru dan prestasi bilik darjah. Meliputi tahap sosioekonomi kawasan, jenis dan saiz sekolah, saiz kelas, kualiti sokongan rakan sejawat dan kualiti hubungan guru di sekolah.

Pengetahuan matlamat, tujuan, nilai dan falsafah pendidikan serta asas sejarah (Knowledge of educational ends, purposes, values and philosophical and historical grounds)
Mengajar adalah aktiviti yang mempunyai tujuan: guru mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang bagi pelajaran atau sesi pengajaran. Pengajaran juga adalah usaha menerapkan nilai-nilai dimensi moral ke arah melahirkan warga bermoral tinggi dan bertanggungjawab.

Wednesday 28 September 2011

AKTIVITI 6

Membuat analisis dan menyenarai kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai   dalam topik kumpulan masing-masing.

Dalam subtopik pertama iaitu Bahan Radioaktif, pelajar perlu :
  •        kenalpasti bahan radioaktif dan beri contoh bahan radioaktif
  •      jelaskan proses penguraian radioaktif.
  •        namakan tiga jenis radiasi radioaktif dan berikan ciri-ciri ketiga-tiga radiasi tersebut.
  •        banding dan bezakan jenis radiasi radioaktif
  •       berikan maksud isotop dan contohnya. 
  •         terangkan kegunaan bahan radioaktif.

ANTARA KEMAHIRAN PSIKOMOTOR YANG DAPAT PELAJAR PELAJARI IALAH :
  1. Guru akan menunjukkan video tentang bahan radioaktif dan kegunaan bahan radioaktif.
  2. Pelajar akan memerhati dan membuat nota ringkas di dalam buku.

Dalam subtopik kedua iaitu Penghasilan Tenaga Nuklear dan Kegunaannya, pelajar perlu :
  •         terangkan penghasilan tenaga nuklear melalui proses pembelahan dan penggabungan.
  •       nyatakan kegunaan tenaga nuklear.
  •         terangkan proses janakuasa elektrik daripada tenaga nuklear.
  •         jelaskan kesan penghasilan tenaga nuklear.

ANTARA KEMAHIRAN PSIKOMOTOR YANG DAPAT PELAJAR PELAJARI IALAH :
  1. membuat buku skrap
  2. melukis dan melabelkan gambar proses pembelahan dan penggabungan 
  3. menulis nota ringkas.
  4. membuat satu model yang menunjukkan proses janakuasa elektrik daripada tenaga nuklear.

Dalam subtopik ketiga iaitu Keperluan untuk Pengendalian Bahan Radioaktif, pelajar perlu :
  •       nyatakan kesan radiasi radioaktif terhadap kehidupan. 
  •       terangkan cara yang betul dalam mengendalikan bahan radioaktif dan bahan buangan radioaktif.
  •      jelaskan keperluan dalam mengendalikan bahan radioaktif dan sisa radioaktif dengan betul.

ANTARA KEMAHIRAN PSIKOMOTOR YANG DAPAT PELAJAR PELAJARI IALAH :
  1. Pelajar diberi artikel berkaitan kesan bencana daripada penghasilan tenaga nuklear. 
  2. Pelajar akan berbincang di dalam kumpulan dan membentangkan hasil kerja mereka setiap kumpulan.
Di akhir topik ini pelajar perlu membuat peta minda/peta konsep untuk keseluruhan topik tenaga nuklear.

Tuesday 27 September 2011

AKTIVITI 5

  1. Jana contoh-contoh fakta, konsep, prosedur, klasifikasi, generalisasi dan teori yang terdapat dalam topik kumpulan masing-masing.
  2. Bina satu peta konsep atau peta minda untuk melihat hubungan antara elemen-elemen analisis mereka itu.
  3. Kemudian mereka berbincang tentang kesesuaian dan contoh-contoh itu untuk digunakan dalam pengajaran.
Topic: Nuclear Energy
Subtopic 6.2: Production of Nuclear Energy and Its Uses (Fission)
Fact
-Nuclear fission is one of the processes of nuclear energy
-The breakup of large nuclei into two nearly equal fragments is called nuclear fission.
.
Concept 
Nuclear fission is a nuclear reaction that splits the nucleus of an atom into smaller, subatomic particles. It often produces free neutrons and photons. Fission of heavy elements can release large amounts of energy as electromagnetic and kinetic energy. For fission to produce energy, the total binding energy of the resulting element has to be lower than that of the original element. Fission is a form of transmutation because the resulting fragments are not the same element used.

Process and generalize
clip_image001
When a neutron collides with and is absorbed by a target nucleus, the target nucleus begins to vibrate and become distorted.
The vibration continues until the distortion becomes so severe that the attractive strong nuclear force can no longer balance the electrostatic repulsion between the nuclear protons and split into two that is called ‘fission product’ different with the target nucleus and also will produce two or more neutrons.
The large amount of energy released is due to sum of the masses of the fission products being less than the original mass of the heavy atom.
The minimum amount of fissionable material needed to ensure that a chain reaction occurs is called the ‘critical mass’. Anything less than this amount is called ‘subcritical’.

Analogy
Everyone's played with marbles at one time or another, right? Well, imagine about 200 marbles lying on a flat surface, all jumbled together, and roughly forming a circle. What would happen if someone took another marble and threw it at them? They would fly all around in different directions and groups, right? That is exactly what happens in nuclear fission. The filled circle is like an atom's nucleus. The marble being thrown is like a "neutron bullet". The only differences are that the marbles are protons and neutrons and the protons and neutrons aren't in a filled circle, but in the actual atom are in the shape of a sphere. Of course, an atom is also a bit more complicated than a pack of marbles. 

Theory
In 1902, Frederick Soddy proposed the theory that "radioactivity is the result of a natural change of an isotope of one element into an isotope of a different element." Nuclear reactions involve changes in particles in an atom's nucleus and thus cause a change in the atom itself.

clip_image002[8]

AKTIVITI 4

Nyata dan huraikan contoh Pedagogical Content Knowledge (PCK) yang dapat digunakan untuk mengajar topik kumpulan masing-masing

Pedagogical Content Knowledge atau Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan merupakan gabungan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi am yang dikatakan merupakan pengetahuan yang unik kepada seorang pendidik.

represents the blending of content and pedagogy into an understanding of how particular topics, problems or issues are organised, represented, and adapted to the diverse interests and abilities of learners, and presented for instruction”.  -Shulman (1986)

PCK memainkan peranan penting kerana menggabungkan dua teras pengetahuan pedagogi yang penting di dalam bidang pendidikan. Sinergi ini bakal menghasilkan impak yang hebat terhadap pengajaran dan pembelajaran sekiranya diaplikasikan dengan tepat dan bersungguh-sungguh.

Berikut merupakan proses pembinaan PCK yang mengadaptasi Model Penalaran Pedagogi:

Kefahaman

Untuk mengajar, guru perlu memahami isi kandungan topik tenaga nuklear. Bagi subtopik pertama, guru perlu memahami bahan-bahan radioaktif, radiasi radioaktif, radioisotope (karbon, kobalt, iodin), proses penguraian dan pemancaran radioaktif (alfa, beta, dan gamma), dan kegunaan bahan radioaktif dalam pelbagai bidang. Bagi subtopik kedua pula, guru perlu memahami penghasilan tenaga nuklear dan kegunaannya seperti pembelahan dan penyatuan, proses menjana tenaga elektrik dari tenaga nuklear, serta kesan-kesannya. Manakala, subtopik ketiga pula mengenai kesedaran menguruskan tenaga nuclear secara berhemah, cara yang paling sesuai untuk menguruskan tenaga nuklear, kesan kecuaian ke atas alam sekitar dan manusia terutamanya, guru menceritakan mengenai tragedi Chernobyl contohnya,

Transformasi

Guru memindahkan isi kandungan yang telah difahami kepada pelajar melalui pelbagai cara agar difahami pelajar.

Kaedah video dan simulasi: proses penguraian dan pemancaran radioaktif (alfa, beta gamma), pembelahan dan penyatuan dan proses menjana tenaga elektrik dari tenaga nuklear.

Kaedah penerangan, rajah, dan carta: bahan-bahan radioaktif, radiasi radioaktif, radioisotop (karbon, kobalt, iodin), perbezaan antara radiasi radioaktif (alfa, beta gamma), kegunaan bahan radioaktif dalam pelbagai bidang, dan tragedi Chernobyl.

Kaedah perbincangan kumpulan: kesedaran menguruskan tenaga nuklear secara berhemah, cara yang paling sesuai untuk menguruskan tenaga nuklear, kesan kecuaian ke atas alam sekitar dan manusia terutamanya, kesan jangka masa pendek dan panjang tenaga nuclear, dan etika dalam bidang ini, serta perdebatan mengenai pembinaan stesen tenaga nuklear di Malaysia.

Instruksi

Guru membahagikan pelajar ke dalam beberapa kumpulan, mereka diberi tugasan seperti dinyatakan di atas kemudian diberi tugasan berkumpulan seperti yag tercatat di atas, selain itu pelajar juga dikehendaki mendengar penerangan daripada guru.

Penilaian

Guru membuat pertandingan kuiz antara kumpulan, ujian, kuiz individu, persembahan hasil kajian (video, buku skrap atau lain-lain), mengadakan debat antara kumpulan dan mengumumkan pemenangnya serta diberi penghargaan.

Refleksi

Pelajar diminta menulis satu refleksi di atas kertas mengenai nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam topik ini.

Kefahaman baru

Guru memerhati tingkah laku dan kecenderungan pelajar dalam setiap aktiviti yang dilakukan, memasukkan unsur-unsur nilai murni dalam pembelajaran serta menambah pengetahuan yang lebih mendalam mengenai tajuk ini.

AKTIVITI 3

Huraikan secara ringkas maksud setiap jenis pengetahuan berikut:

Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge)

Pengetahuan deklaratif menyatakan pengetahuan tentang sesuatu perkara, begitu juga jika ingin pelajar untuk memahami bahan pembelajaran atau kandungan sesuatu pelajaran. Kata-kata yang biasa digunakan untuk bahan pembelajaran deklaratif antaranya adalah menjelaskan, menggambarkan, meringkaskan dan memaparkan senarai. Pembelajaran deklaratif juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pembelajaran yang lain. Contohnya Pembelajaran deklaratif memaparkan langkah-langkah yang perlu untuk melengkapkan prosedur dan kemahiran psikomotor sehingga masalah-masalah dapat difahami dan diselesaikan.

Contohnya : struktur atom terdiri daripada neutron, proton dan elektron

Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge)

Pengetahuan prosedural adalah pengetahuan mengenai cara untuk melakukan sesuatu. Setelah dikuasai pengetahuan prosedural dilaksanakan dengan cepat dan secara automatik. Pengetahuan ini merupakan pengetahuan yang tidak perlu dicari dalam memori jangka-panjang.

Contohnya : langkah-langkah untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan matematik atau kimia

Pengetahuan struktur (Structural knowledge)

Pengetahuan struktur adalah asas kepada penyelesaian masalah. Pengetahuan ini diperlukan dalam penciptaan perancangan dan strategi, menetapkan syarat-syarat prosedur yang tersendiri, dan dalam menentukan apa yang perlu dilakukan apabila kegagalan berlaku atau apabila sesuatu maklumat yang hilang.

Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge)

Pengetahuan eksplisit adalah pengetahuan yang telah didokumentasikan atau disimpan dalam wujud nyata dalam bentuk media atau seumpamanya. Pengetahuan eksplisit telah diartikulasikan ke dalam bahasa formal dan mudah untuk disebarkan secara luas atau boleh dihantar kepada orang lain. Selain itu, ia dengan mudah boleh diproses oleh sebuah komputer, dihantar secara elektronik, atau disimpan dalam pangkalan data. Informasi yang tersimpan di ensiklopedia (termasuk Wikipedia) adalah contoh yang terbaik dari pengetahuan eksplisit.

Bentuk paling umum pengetahuan eksplisit adalah petunjuk penggunaan (manual), prosedur, dan video how-to. Pengetahuan ini juga boleh dimediakan secara audio-visual. Hasil kerja seni dan rekabentuk produk juga boleh dipandang sebagai suatu bentuk pengetahuan eksplisit yang merupakan eksternalisasi dari keterampilan, motif dan pengetahuan manusia.

Contoh pengetahuan tersurat termasuk dokumen-dokumen, buku, manual, gambar rajah proses, ungkapan-ungkapan matematik, spesifikasi, ataupun Wiki ITtoolbox.

Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge).

Pengetahuan tanpa dizahirkan(tersirat) adalah pengetahuan peribadi yang tersimpan di sebalik pengalaman seseorang individu dan melibatkan faktor-faktor yang tidak ketara, seperti kepercayaan peribadi, perspektif, dan sistem nilai. Pengetahuan tersirat sukar untuk dinyatakan dengan jelas dengan menggunakan bahasa rasmi (tetapi tidak mustahil). Ia mengandungi pandangan subjektif, intuisi, dan gerak hati. Sebelum pengetahuan tersirat dapat disampaikan, ia mesti ditukar kepada perkataan-perkataan, model, atau nombor yang boleh difahami. Pengetahuan tersirat tidak mudah dikongsi bersama.Ia melibatkan pembelajaran dan kemahiran, tetapi tidak dengan cara penulisan. Pengetahuan tersirat adalah pengetahuan yang sukar untuk dipindahkan kepada orang lain dengan cara menulis atau percakapan. Pengetahuan tersirat hanya boleh diperolehi melalaui latihan atau melalui pengalaman peribadi.

Contoh : Menyatakan kepada seseorang yang London terletak di United Kingdom adalah pengetahuan tersurat yang boleh disampaikan, dihantar, dan difahami oleh penerima. Walau bagaimanapun, keupayaan untuk bercakap sesuatu bahasa, mereka bentuk dan menggunakan peralatan yang kompleks memerlukan pelbagai pengetahuan yang tidak diketahui dengan jelas.

Contoh :  Jika anda melihat seekor anjing di taman, anda dengan jelas tahu bahawa anjing itu berada dalam taman itu hari ini. Jika anda melihat anjing yang sama di taman sering dengan orang yang sama, anda boleh memikirkan bahawa orang itu adalah pemilik anjing. Anda tidak tahu secara langsung bahawa orang itu adalah pemilik anjing, tetapi anda tidak langsung bahawa orang yang sering menjaga anjing itu, dan sebagainya, anda secara tersirat tahu bahawa orang itu adalah pemilik anjing.

AKTIVITI 2

1. Sila analisis kurikulum SAINS KBSM. Adakah ianya menepati kriteria yang telah dibincangkan setakat ini?

Kebanyakan pelajar menganggap bahawa Sains adalah satu matapelajaran yang susah untuk difahami. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan terlalu merujuk buku teks menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam mata pelajaran Sains. Guru perlu memberi pendekatan yang lebih kreatif dalam menerangkan konsep supaya pelajar lebih faham dan berminat untuk belajar.

Kurikulum Sains KBSM menepati kriteria yang telah dibincangkan sebelum ini kerana ia mempunyai sukatan pelajaran yang merangkumi matlamat, objektif, tajuk dan ringkasan kandungan. Pendidikan Sains dalam KBSM banyak membantu pelajar untuk mengatasi masalah pelajar yang bosan dan kurang beminat dengan Sains dengan adanya latihan amali dan kaedah pengajaran yang baru. Selain itu juga, matapelajaran Sains boleh diajar di luar kawasan sekolah dan di dalam makmal kerana belajar Sains seperti belajar apa yang ada di sekeliling kita. Sumber rujukan juga senang didapati dan menggunakan buku teks sebagai rujukan utama di sekolah.

2. Apa itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?

Pada tahun 2011, semua murid tahun 1 di seluruh Malaysia menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR tidak menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tetapi kurikulum ini diperbaharui mengikut perkembangan semasa seiring dengan peredaran zaman. Melalui KSSR, proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku teks digantikan dengan modul mengikut sukatan pelajaran. Guru-guru yang terlatih perlu lebih bersedia untuk pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran seperti ini supaya proses ini menjadi lebih menarik dan interaktif dan pelajar berminat untuk belajar.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Mengapa Standard?

  • Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.  Penetapan ilmu kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
  • Mengenalpasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
  • Mengenalpasti masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
  • Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

Elemem Nilai Tambah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR):

· Kreativiti dan inovasi

· Keusahawanan

· Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Nilai tambah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.

Perbezaan KBSR dan KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR)

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang:

1. Komunikasi

2. Manusia dan alam sekeliling

3. Perkembang diri Individu

Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:

1. Komunikasi

2. Kerohanian, sikap dan nilai

3. Kemanusiaan,

4. Perkembangan fizikal dan estetika

5. Sains dan teknologi

6. Ketrampilan diri

Bahan kurikulum:

Sukatan pelajaran

Bahan Kurikulum:

Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:

Linear

Reka bentuk kurikulum:

Modular

Organisasi kurikulum:

  • Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)

Mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tambahan

  • Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

Mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tambahan

Organisasi kurikulum:

  • Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)

Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.

  • Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)

Mata pelajaraan Teras dan Elektif

Elemen :

Kemahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Elemen:

Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.

Fokus:

3M (Membaca, menulis dan mengira)

Fokus:

4M (Membaca, menulis mengira dan menaakul)

3. Bagaimana dengan KSSM ? Maklumat ?

Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM sedang menjalankan soal selidik bagi mengumpul cadangan dan pandangan masyarakat terhadap perkara ini.

"Pun begitu, dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai 2014, kohort pertama untuk murid Tingkatan Satu yang menggunakan kurikulum baru mata pelajaran KSSM hanya akan mula menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2018. Langkah ini adalah untuk memberi ruang dan masa yang bersesuaian kepada kementerian menggubal kurikulum baru yang lebih menyeluruh dan komprehensif," katanya. (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin)

Sunday 18 September 2011

KRONOLOGI SEJARAH PENDIDIKAN SAINS DI MALAYSIA

Sebelum Perang Dunia Kedua

1939
  • Sebuah jawatankuasa ditubuhkan oleh Negeri-Negeri Selat (NNS) dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) untuk menggubal tujuan pendidikan Sains dan menyusun sukatan pelajaran Sains.
  • Jabatan Pendidikan hanya menawarkan kursus 4 tahun Sains Am.
    Terdapat hanya sebuah sekolah sahaja di dalam NNMB yang menawarkan kursus ini.
Semasa Perang Dunia Kedua
1941-1945
  • Perlaksanaan Pendidikan Sains dihentikan

 Selepas Perang Dunia Kedua
Kursus Sains Am diperkenalkan di semua sekolah menengah dengan menggunakan sukatan pelajaran Britain.


Selepas Merdeka
Dasar pelaksanaan Pendidikan Sains diperkemas dan diperluaskan kerana penting untuk pembangunan ekonomi dan sosial.

Sejak1960

  • Kementerian pendidikan telah melakukan beberapa perubahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains:-
  1. Projek Khas Sains Sekolah Rendah
  2. Kurikulum Sains Paduan Sekolah Menengah Rendah
  3. Kurikulum Sains Tulen Moden (Biologi, Fizik,Kimia,Rampaian Sains) untuk sekolah menengah
1983
  • Sewaktu pelaksanaan KBSR matapelajaran sains telah digabungkan dengan matapelajaran sejarah, geografi, kesihatan dan sivik  menjadi satu mata pelajaran yang dinamakan Alam dan Manusia. 
1994/1995
  • Matapelajaran sains diperkenalkan semula kepada murid Tahun 4 kerana perlaksanaan Alam dan Manusia menghadapi beberapa masalah.
2003
  • Perlaksanaan PPSMI untuk semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.
  • Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.                                        

2011
  • Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) diperkenalkan dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih kreatif.



CADANGAN Untuk Meningkatkan Keberkesanan Kurikulum Sains:

1) Guru-guru yang mengajar subjek ini perlu diberi pendedahan dan latihan yang lebih mantap dalam aspek pengurusan makmal seperti teknik penggunaan radas yang betul.

2) Kemudahan fizikal seperti radas dan makmal perlu dilengkapkan terutamanya di sekolah-sekolah sekitar luar bandar supaya setiap murid berpeluang menggunakan alatan-alatan yang terdapat di makmal sains serta mempraktikkan teori yang diajar sebelumnya di dalam kelas.

3) Guru-guru sains perlu kreatif apabila mengajar teori-teori sains kepada para pelajar seperti menggunakan simulasi dan video 3D untuk menghuraikan teori tersebut.

4)Guru-guru sains perlu megatasi miskonsepsi para pelajar sebelum mengajar sesuatu tajuk kerana beberapa kajian telah menunjukkan pelajar sudah membentuk konsepsi alternatif iaitu idea-idea yang bercanggah dengan konsepsi atau penerangan saintifik sebelum guru mula mengajar.

Thursday 15 September 2011

PENGENALAN


DEFINISI PENDIDIKAN, PENGAJARAN, PEMBELAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN SERTA HUBUNGANYA

v Pendidikan

Usaha untuk menyampaikan pengetahuan, nilai dan kemahiran kepada seseorang individu serta usaha untuk memperkembangkan pontensi individu tersebut.

v Pengajaran

Aktiviti yang dijalankan antara guru dan murid berpandukan kaedah yang dirangcang secara sistematik.

v Pembelajaran

Proses menerima pengetahuan,nilai-nilai moral ataupun kemahiran samada secara formal, informal atau tidak formal.

v Teknologi

Kemajuan dan penggunaan alatan,mesin, bahan dan proses untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

v Penaksiran

Proses mengumpul dan menafsir maklumat pelajar melalui pelbagai kaedah seperti ujian, kerja rumah, dan pemerhatian terhadap tingkahlaku pelajar bagi mengetahui prestasi dan perkembangan pelajar.
  
Kelima-lima komponen ini saling berkait rapat kerana pendidikan wujud apabila adanya proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar. Pengajaran pula mewujudkan aktiviti pembelajaran. Disamping itu, pendidikan juga memerlukan teknologi kerana dengan adanya aplikasi teknologi proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Komponen penaksiran juga penting dalam pendidikan kerana melaluinya guru dapat menilai tahap pembelajaran dan perkembangan murid secara berterusan. Oleh itu, guru dapat merancang dan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik pada masa hadapan.

Tuesday 13 September 2011

PROJECT-BASED LEARNING(PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK)



Definisi :
 
Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu.

Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui  “Handbook- Project Based Learning” menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.

Teknik ini hampir sama dengan teknik pembelajaran berasaskan masalah. Bezanya ialah teknik pembelajaran berasaskan projek biasanya melibatkan penghasilan sesuatu produk ataupun bahan. Contohnya, mesin, peralatan, model dan lain-lain. Manakala pembelajaran berasaskan masalah lebih berfokus kepada masalah, punca dan penyelesaiannya.



Kaedah pembelajaran :

1)Penyataan masalah atau isu
2)Idea pelajar
3)Pelaksanaan projek (pengumpulan bahan/maklumat/data, memproses maklumat/data)
4)Pembentangan projek/hasil tugasan
5)Penilaian
6)Laporan
¨    
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek :

Beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek merangkumi:


  • Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. 
  • Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. 
  • Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap tahap  proses (guru sebagai fasilitator) 
  • Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
  • Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri. 
  • Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
    • Berorientasikan dunia sebenar.