Sunday 23 October 2011

POLLINATION

MISCONCEPT

clip_image002[8]


EXPLAINATION
During pollination, the pollen grain enters flower/pistil.
EXAMPLE
Student will imagine that the tube is already exist in the stigma like the plastic flag tube( permainan kanak-kanak) containing small round sweets.

image

TRUE CONCEPT
clip_image002[6]
EXPLAINATION
From the pollen grain, a pollen tube emerges and grows down to the flower carrying the male gametes.
In order to rebuilt the true concept in student understanding, teacher should show the diagram of growing pollen tube from pollen grain. Therefore, students can observe the growing process. Thus, the early misconception can be eliminated.

FILA CHART PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

FAKTA
IDEA
ISU PEMBELAJARAN
TINDAKAN
PBM menggalakkan guru menginovasi pengajaran



Guru kurang mempraktikkan pembelajaran berpusatkan pelajar


Apakah pembelajaran berpusatkan pelajar?




Melayari Internet

Merujuk buku di perpustakaan
Kaedah PBM memerlukan pelajar terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran mereka

Kaedah PBM dapat meningkatkan  kemahiran komunikasi pelajar


Bagaimana kaedah PBM dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar?


PBM memerlukan masa yang lebih




Memberi peluang kepada pelajar untuk mengutarakan pendapat masing-masing

Adakah pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni melaui kaedah PBM?


PBM dimulai dengan satu masalah



PBM melibatkan  langkah-langkah penyelesaian yang panjang

Apakah langkah-langkah dalam melaksanakan PBM?


Pelajar akan memperolehi pengetahuan baru



Pelajar dapat memperolehi informasi terkini berdasarkan maklumat-maklumat yang dicari

Apakah isu-isu yang sesuai untuk dijadikan sebagai pemasalahan dalam PBM?


PBM membantu pelajar melihat perkaitan antara isi kandungan dengan kehidupan seharian.

PBM banyak membincangkan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan kehidupan seharian


Apakah kesan PBM tehadap perkembangan kognitif pelajar?

PEMBELAJARAN BERSASKAN KES

Tugasan berada DI SINI.

Friday 21 October 2011

AKTIVITI 3 KULIAH 6

     Ketiga-tiga kaedah pengajaran ini mempunyai banyak persamaan, Oleh itu dalam memahami ketiga-tiga kaedah ini, sila tentukan persamaan dan perbezaaan antara mereka.
PERSAMAAN

Pembelajaran berasaskan masalah (PBM), pembelajaran berasaskan projek (PBP) dan pembelajaran berasaskan kes (PBK) mempunyai banyak persamaan. Antaranya ialah:
  1. Proses pembelajaran ini melibatkan semua pelajar untuk mengambil bahagian. 
  2. Proses ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.  
  3. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
  4. Aktiviti ini mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti dan juga menggalakkan interaksi antara guru dan murid. 
  5. Guru perlu memberi bimbingan dan memberi tunjuk ajar pada setiap tahap proses. iaitu pemudah cara sahaja dan bukannya pemberi maklumat.
  6. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan penghasilan laporan juga sebagai refleksi kendiri. 
  7. Aktiviti ini dibuat berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. 
  8. Implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah pertama sekali, pelajar perlu mendapat peluang untuk terlibat sepenuhnya. Kedua, mereka mesti membuat refleksi. Elemen ini sangat dipengaruhi oleh maklum balas daripada orang lain. 
  9. Melalui pembelajaran berasaskan masalah, projek dan kes, pelajar  tidak hanya melakukan sesuatu, tetapi turut membuat refleksi, memproses, berfikir dan memahami.


PERBEZAAN


PEMBELAJARAN BERASAKAN
MASALAH
KES
PROJEK
Perkara yang perlu diselesaikan
Senario masalah yang perlu diselesaikan.
Kes berbentuk naratif, biasanya kes sebenar.
Masalah dan dilaksanakan dalam konteks kahidupan harian.
Tujuan utama
Belajar mengenai isi keseluruhan atau sebahagian tajuk berkenaan.
Asas untuk tugasan lanjutan, pelengkap buku teks dan alat bagi perbincangan.
Menyiasat dan mengaitkan dengan dunia sebenar.
Hasil akhir
Laporan
Laporan
Laporan dan produk ciptaan sendiri.

Sunday 16 October 2011

AKTIVITI 1 (PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH)


}Apakah ciri-ciri PBM yang menjadikannya sebagai satu pendekatan inkuiri? 

}
PBM merupakan salah satu kaedah pendekatan inkuiri kerana semasa proses PBM berlaku, pendekatan inkuiri turut berlaku. Sewaktu pelajar mengenalpasti masalah daripada senario masalah yang diberi, proses inkuiri telah pun mula berlaku kerana pelajar perlu mencungkil persoalan utama yang perlu diselesaikan. 

Semasa pelajar menjana idea dan isu pembelajaran berdasarkan senario masalah tersebut, di situ telah berlaku proses membentuk persoalan. setelah itu, pelajar perlu menyediakan pelan tindakan yang sesuai dengan permasalahan mereka. 

Seterusnya mereka mula mencari dan mengumpul bahan di mana ini merupakan proses paling penting daklam pendekatan inkuiri kerana pelajar  perlu menyiasat suatu fenomena dengan menjana hipotesis, mereka bentuk eksperimen dan  melakukan aktiviti penerokaan atau penyiasatan. 

Hasil dapatan kajian mereka perlu melalui proses pengumpulan, analisis dan sintesis. Proses-proses ini merupakan salah satu pendekatan inkuiri.

Kemudian pelajar perlu membuat refleksi dan memberi maklum balas dalam bentuk pembentangan atau laporan atau kedua-duanya sekali bergantung kepada pemudah cara atau guru. Di dalam proses ini, pelajar perlu meyampaikan dapatan dan kesimpulan dalam bentuk produk iaitu laporan tersebut.

Berdasarkan pengalaman, nyatakan bagaimana PBM melatih pelajar menjadi pelajar sepanjang hayat (life’s long learner).
PBM dapat melatih pelajar menjadi pelajar sepanjang hayat (life’s long learner) kerana pembelajaran ini berpusatkan pelajar di mana pelajar melunaskan rasa ingin tahu dan persoalan yang bercambah dalam diri mereka. Guru perlu bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja. Persoalan yang diselesaikan oleh diri mereka sendiri akan menjadi lebih bermakna dan lebih kekal di dalam diri mereka berbanding maklumat yang disuap oleh guru atau orang lain. 
 
Rasa ingin tahu tidak akan pernah mati dalam diri seseorang, dan masalah pula tidak akan putus melanda diri kita. Manakala, PBM merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan apa sahaja persoalan atau masalah yang timbul dan tidak hanya digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah atau silibus pelajaran. selain itu, PBM boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mengikut kreativiti individu.
 
sebenarnya, PBM telahpun digunakan dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari iaitu apabila kita mempunyai suatu masalah, kita akan menyelesaikan masalah tersebut tanpa merekod dan proses penyelesaian masalah tersebut hakikatnya adalah PBM yang berlaku secara tidak langsung.

 
 

Tuesday 4 October 2011

AKTIVITI 2 (BAB 4)

·               Pilih satu nilai murni dan satu topik sains
·               Huraikan bagaimana guru sains boleh menerapkan nilai murni itu semasa mengajar sains?

Topik: Kesan-kesan penghasilan tenaga nuklear.

Penggunaan tenaga nuklear merupakan isu yang menjadi kontroversi sejak dari dulu lagi. Terdapat banyak perbahasan mengenai risiko-risiko radioaktiviti, kemalangan dan pengurusan sisa radioaktif. Salah satu contoh bahan radioaktif ialah uranium. Apabila uranium menjalani proses pembelahan, radiasi akan meningkat dan sisa bahan api adalah sangat radioaktif. Radiasi boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius kepada manusia. Radiasi tahap rendah boleh menyebabkan kematian sel, mutasi genetik, kanser dan kecacatan semasa kelahiran. Kebanyakan  Negara terpaksa menggunakan tenaga nuklear kerana sumber tenaga utama seperti bahan api fosil dan arang batu hampir habis.

Nilai Murni: Mencintai Alam Sekitar

Semasa proses pembelajaran, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu pencadang dan pembangkang. Dalam kumpulan tersebut pelajar dibahagikan lagi kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 atau 5 orang. Setiap kumpulan kecil akan menjana satu poin mengenai kesan-kesan penggunaan tenaga nuklear terhadap manusia dan alam sekitar. Kemudian mereka akan berbahas mengenai topik yang dipelajari setelah masa yang diperuntukkan tamat. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mengetahui kebaikan dan keburukan penghasilan tenaga nuklear. Selain itu juga aktiviti ini dapat menjana idea sendiri berkaitan topik tenaga nuklear.

Selepas aktiviti itu, guru menayangkan video dan gambar mengenai tragedi letupan nuklear seperti tragedi Chernobyl dan gambar kesan selepas berlakunya kejadian tersebut. Melalui video dan gambar ini pelajar boleh menilai sendiri kesan-kesan negatif penggunaan tenaga nuklear dan juga kesan kepada alam sekitar.





Kesimpulan:

Melalui proses pembelajaran seperti di atas, pelajar dapat melihat kesan buruk tenaga nuklear jika tidak dikendalikan dengan betul. Kesedaran pelajar tehadap kesan-kesan buruk yang ditunjukkan oleh guru sangat penting agar nilai murni seperti mencintai alam sekitar dapat diterapkan dalam diri pelajar. Pelajar dapat menilai sendiri kebaikan dan keburukan yang akan berlaku kepada alam sekitar dan benda hidup jika tenaga tersebut disalahgunakan dan tidak diurus dengan sempurna.

Bumi semakin kekurangan sumber bahan api utama iaitu bahan api fosil dan arang batu. Sumber ini pula adalah jenis yang tidak boleh diperbaharui, oleh itu manusia mula mencari sumber alternatif yang lain yang boleh digunakan dalam masa yang singkat. Tenaga nuklear merupakan salah satu daripada sumber tenaga yang popular, yang mana kesannya pula amat buruk jika tidak diurus dengan cermat.

Namun jika manusia mula berjimat-cermat mulai dari sekarang, kita dapat menyimpan sumber yang ada sekarang untuk beberapa puluh tahun lagi. Oleh itu, jika kita mencintai alam ini maka mulalah berjimat-cermat dalam penggunaan tenaga agar sumber tenaga utama dapat dijimatkan dan sementara itu, saintis dapat mengkaji cara yang lebih selamat untuk menghasilkan tenaga alternatif lain seperti tenaga solar, tenaga hidro, dan banyak lagi.