Tuesday 27 September 2011

AKTIVITI 2

1. Sila analisis kurikulum SAINS KBSM. Adakah ianya menepati kriteria yang telah dibincangkan setakat ini?

Kebanyakan pelajar menganggap bahawa Sains adalah satu matapelajaran yang susah untuk difahami. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan terlalu merujuk buku teks menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam mata pelajaran Sains. Guru perlu memberi pendekatan yang lebih kreatif dalam menerangkan konsep supaya pelajar lebih faham dan berminat untuk belajar.

Kurikulum Sains KBSM menepati kriteria yang telah dibincangkan sebelum ini kerana ia mempunyai sukatan pelajaran yang merangkumi matlamat, objektif, tajuk dan ringkasan kandungan. Pendidikan Sains dalam KBSM banyak membantu pelajar untuk mengatasi masalah pelajar yang bosan dan kurang beminat dengan Sains dengan adanya latihan amali dan kaedah pengajaran yang baru. Selain itu juga, matapelajaran Sains boleh diajar di luar kawasan sekolah dan di dalam makmal kerana belajar Sains seperti belajar apa yang ada di sekeliling kita. Sumber rujukan juga senang didapati dan menggunakan buku teks sebagai rujukan utama di sekolah.

2. Apa itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?

Pada tahun 2011, semua murid tahun 1 di seluruh Malaysia menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR tidak menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tetapi kurikulum ini diperbaharui mengikut perkembangan semasa seiring dengan peredaran zaman. Melalui KSSR, proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku teks digantikan dengan modul mengikut sukatan pelajaran. Guru-guru yang terlatih perlu lebih bersedia untuk pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran seperti ini supaya proses ini menjadi lebih menarik dan interaktif dan pelajar berminat untuk belajar.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Mengapa Standard?

  • Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.  Penetapan ilmu kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
  • Mengenalpasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
  • Mengenalpasti masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
  • Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

Elemem Nilai Tambah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR):

· Kreativiti dan inovasi

· Keusahawanan

· Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Nilai tambah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.

Perbezaan KBSR dan KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR)

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang:

1. Komunikasi

2. Manusia dan alam sekeliling

3. Perkembang diri Individu

Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:

1. Komunikasi

2. Kerohanian, sikap dan nilai

3. Kemanusiaan,

4. Perkembangan fizikal dan estetika

5. Sains dan teknologi

6. Ketrampilan diri

Bahan kurikulum:

Sukatan pelajaran

Bahan Kurikulum:

Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:

Linear

Reka bentuk kurikulum:

Modular

Organisasi kurikulum:

  • Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)

Mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tambahan

  • Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

Mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tambahan

Organisasi kurikulum:

  • Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)

Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.

  • Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)

Mata pelajaraan Teras dan Elektif

Elemen :

Kemahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Elemen:

Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.

Fokus:

3M (Membaca, menulis dan mengira)

Fokus:

4M (Membaca, menulis mengira dan menaakul)

3. Bagaimana dengan KSSM ? Maklumat ?

Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM sedang menjalankan soal selidik bagi mengumpul cadangan dan pandangan masyarakat terhadap perkara ini.

"Pun begitu, dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai 2014, kohort pertama untuk murid Tingkatan Satu yang menggunakan kurikulum baru mata pelajaran KSSM hanya akan mula menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2018. Langkah ini adalah untuk memberi ruang dan masa yang bersesuaian kepada kementerian menggubal kurikulum baru yang lebih menyeluruh dan komprehensif," katanya. (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin)

No comments:

Post a Comment