Friday 21 October 2011

AKTIVITI 3 KULIAH 6

     Ketiga-tiga kaedah pengajaran ini mempunyai banyak persamaan, Oleh itu dalam memahami ketiga-tiga kaedah ini, sila tentukan persamaan dan perbezaaan antara mereka.
PERSAMAAN

Pembelajaran berasaskan masalah (PBM), pembelajaran berasaskan projek (PBP) dan pembelajaran berasaskan kes (PBK) mempunyai banyak persamaan. Antaranya ialah:
  1. Proses pembelajaran ini melibatkan semua pelajar untuk mengambil bahagian. 
  2. Proses ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.  
  3. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
  4. Aktiviti ini mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti dan juga menggalakkan interaksi antara guru dan murid. 
  5. Guru perlu memberi bimbingan dan memberi tunjuk ajar pada setiap tahap proses. iaitu pemudah cara sahaja dan bukannya pemberi maklumat.
  6. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan penghasilan laporan juga sebagai refleksi kendiri. 
  7. Aktiviti ini dibuat berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. 
  8. Implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah pertama sekali, pelajar perlu mendapat peluang untuk terlibat sepenuhnya. Kedua, mereka mesti membuat refleksi. Elemen ini sangat dipengaruhi oleh maklum balas daripada orang lain. 
  9. Melalui pembelajaran berasaskan masalah, projek dan kes, pelajar  tidak hanya melakukan sesuatu, tetapi turut membuat refleksi, memproses, berfikir dan memahami.


PERBEZAAN


PEMBELAJARAN BERASAKAN
MASALAH
KES
PROJEK
Perkara yang perlu diselesaikan
Senario masalah yang perlu diselesaikan.
Kes berbentuk naratif, biasanya kes sebenar.
Masalah dan dilaksanakan dalam konteks kahidupan harian.
Tujuan utama
Belajar mengenai isi keseluruhan atau sebahagian tajuk berkenaan.
Asas untuk tugasan lanjutan, pelengkap buku teks dan alat bagi perbincangan.
Menyiasat dan mengaitkan dengan dunia sebenar.
Hasil akhir
Laporan
Laporan
Laporan dan produk ciptaan sendiri.

No comments:

Post a Comment