Sunday, 16 October 2011

AKTIVITI 1 (PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH)


}Apakah ciri-ciri PBM yang menjadikannya sebagai satu pendekatan inkuiri? 

}
PBM merupakan salah satu kaedah pendekatan inkuiri kerana semasa proses PBM berlaku, pendekatan inkuiri turut berlaku. Sewaktu pelajar mengenalpasti masalah daripada senario masalah yang diberi, proses inkuiri telah pun mula berlaku kerana pelajar perlu mencungkil persoalan utama yang perlu diselesaikan. 

Semasa pelajar menjana idea dan isu pembelajaran berdasarkan senario masalah tersebut, di situ telah berlaku proses membentuk persoalan. setelah itu, pelajar perlu menyediakan pelan tindakan yang sesuai dengan permasalahan mereka. 

Seterusnya mereka mula mencari dan mengumpul bahan di mana ini merupakan proses paling penting daklam pendekatan inkuiri kerana pelajar  perlu menyiasat suatu fenomena dengan menjana hipotesis, mereka bentuk eksperimen dan  melakukan aktiviti penerokaan atau penyiasatan. 

Hasil dapatan kajian mereka perlu melalui proses pengumpulan, analisis dan sintesis. Proses-proses ini merupakan salah satu pendekatan inkuiri.

Kemudian pelajar perlu membuat refleksi dan memberi maklum balas dalam bentuk pembentangan atau laporan atau kedua-duanya sekali bergantung kepada pemudah cara atau guru. Di dalam proses ini, pelajar perlu meyampaikan dapatan dan kesimpulan dalam bentuk produk iaitu laporan tersebut.

Berdasarkan pengalaman, nyatakan bagaimana PBM melatih pelajar menjadi pelajar sepanjang hayat (life’s long learner).
PBM dapat melatih pelajar menjadi pelajar sepanjang hayat (life’s long learner) kerana pembelajaran ini berpusatkan pelajar di mana pelajar melunaskan rasa ingin tahu dan persoalan yang bercambah dalam diri mereka. Guru perlu bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja. Persoalan yang diselesaikan oleh diri mereka sendiri akan menjadi lebih bermakna dan lebih kekal di dalam diri mereka berbanding maklumat yang disuap oleh guru atau orang lain. 
 
Rasa ingin tahu tidak akan pernah mati dalam diri seseorang, dan masalah pula tidak akan putus melanda diri kita. Manakala, PBM merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan apa sahaja persoalan atau masalah yang timbul dan tidak hanya digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah atau silibus pelajaran. selain itu, PBM boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mengikut kreativiti individu.
 
sebenarnya, PBM telahpun digunakan dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari iaitu apabila kita mempunyai suatu masalah, kita akan menyelesaikan masalah tersebut tanpa merekod dan proses penyelesaian masalah tersebut hakikatnya adalah PBM yang berlaku secara tidak langsung.

 
 

No comments:

Post a Comment