Huraikan secara ringkas maksud setiap jenis pengetahuan berikut:
Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge)
Pengetahuan deklaratif menyatakan pengetahuan tentang sesuatu perkara, begitu juga jika ingin pelajar untuk memahami bahan pembelajaran atau kandungan sesuatu pelajaran. Kata-kata yang biasa digunakan untuk bahan pembelajaran deklaratif antaranya adalah menjelaskan, menggambarkan, meringkaskan dan memaparkan senarai. Pembelajaran deklaratif juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pembelajaran yang lain. Contohnya Pembelajaran deklaratif memaparkan langkah-langkah yang perlu untuk melengkapkan prosedur dan kemahiran psikomotor sehingga masalah-masalah dapat difahami dan diselesaikan.
Contohnya : struktur atom terdiri daripada neutron, proton dan elektron
Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge)
Pengetahuan prosedural adalah pengetahuan mengenai cara untuk melakukan sesuatu. Setelah dikuasai pengetahuan prosedural dilaksanakan dengan cepat dan secara automatik. Pengetahuan ini merupakan pengetahuan yang tidak perlu dicari dalam memori jangka-panjang.
Contohnya : langkah-langkah untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan matematik atau kimia
Pengetahuan struktur (Structural knowledge)
Pengetahuan struktur adalah asas kepada penyelesaian masalah. Pengetahuan ini diperlukan dalam penciptaan perancangan dan strategi, menetapkan syarat-syarat prosedur yang tersendiri, dan dalam menentukan apa yang perlu dilakukan apabila kegagalan berlaku atau apabila sesuatu maklumat yang hilang.
Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge)
Pengetahuan eksplisit adalah pengetahuan yang telah didokumentasikan atau disimpan dalam wujud nyata dalam bentuk media atau seumpamanya. Pengetahuan eksplisit telah diartikulasikan ke dalam bahasa formal dan mudah untuk disebarkan secara luas atau boleh dihantar kepada orang lain. Selain itu, ia dengan mudah boleh diproses oleh sebuah komputer, dihantar secara elektronik, atau disimpan dalam pangkalan data. Informasi yang tersimpan di ensiklopedia (termasuk Wikipedia) adalah contoh yang terbaik dari pengetahuan eksplisit.
Bentuk paling umum pengetahuan eksplisit adalah petunjuk penggunaan (manual), prosedur, dan video how-to. Pengetahuan ini juga boleh dimediakan secara audio-visual. Hasil kerja seni dan rekabentuk produk juga boleh dipandang sebagai suatu bentuk pengetahuan eksplisit yang merupakan eksternalisasi dari keterampilan, motif dan pengetahuan manusia.
Contoh pengetahuan tersurat termasuk dokumen-dokumen, buku, manual, gambar rajah proses, ungkapan-ungkapan matematik, spesifikasi, ataupun Wiki ITtoolbox.
Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge).
Pengetahuan tanpa dizahirkan(tersirat) adalah pengetahuan peribadi yang tersimpan di sebalik pengalaman seseorang individu dan melibatkan faktor-faktor yang tidak ketara, seperti kepercayaan peribadi, perspektif, dan sistem nilai. Pengetahuan tersirat sukar untuk dinyatakan dengan jelas dengan menggunakan bahasa rasmi (tetapi tidak mustahil). Ia mengandungi pandangan subjektif, intuisi, dan gerak hati. Sebelum pengetahuan tersirat dapat disampaikan, ia mesti ditukar kepada perkataan-perkataan, model, atau nombor yang boleh difahami. Pengetahuan tersirat tidak mudah dikongsi bersama.Ia melibatkan pembelajaran dan kemahiran, tetapi tidak dengan cara penulisan. Pengetahuan tersirat adalah pengetahuan yang sukar untuk dipindahkan kepada orang lain dengan cara menulis atau percakapan. Pengetahuan tersirat hanya boleh diperolehi melalaui latihan atau melalui pengalaman peribadi.
Contoh : Menyatakan kepada seseorang yang London terletak di United Kingdom adalah pengetahuan tersurat yang boleh disampaikan, dihantar, dan difahami oleh penerima. Walau bagaimanapun, keupayaan untuk bercakap sesuatu bahasa, mereka bentuk dan menggunakan peralatan yang kompleks memerlukan pelbagai pengetahuan yang tidak diketahui dengan jelas.
Contoh : Jika anda melihat seekor anjing di taman, anda dengan jelas tahu bahawa anjing itu berada dalam taman itu hari ini. Jika anda melihat anjing yang sama di taman sering dengan orang yang sama, anda boleh memikirkan bahawa orang itu adalah pemilik anjing. Anda tidak tahu secara langsung bahawa orang itu adalah pemilik anjing, tetapi anda tidak langsung bahawa orang yang sering menjaga anjing itu, dan sebagainya, anda secara tersirat tahu bahawa orang itu adalah pemilik anjing.
No comments:
Post a Comment