Thursday 29 September 2011

AKTIVITI 7


Huraikan secara ringkas maksud semua teras pengetahuan guru kecuali PCK (pedagogical content knowledge).

Terdapat 6 teras pengetahuan guru selain PCK iaitu:

Pengetahuan isi kandungan (Knowledge of Content)
Merangkumi aspek pengetahuan substantif dan pengetahuan sintaktik. Pengetahuan substantif merupakan bahagian paling penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran. Ia juga merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata pelajaran. Pengetahuan sintaktik merujuk kepada kaedah yang melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan dimantapkan, kaedah di mana pengetahuan baru diterima melalui beberapa prosedur uji kaji dan  pengesahan.

Pengetahuan tentang pelajar dan ciri mereka (Knowledge of learners and their characteristics)
Merupakan pengetahuan tentang sifat pelajar dalam julat umur tententu, sifat sosial mereka, tingkah laku mereka dalam bilik darjah dan di sekolah, budaya hidup serta minat dan kecenderungan mereka. Maklumat-maklumat ini dapat membantu guru menyesuaikan kaedah pengajaran mereka.

Pengetahuan kurikulum (Curriculum knowledge)
Pengetahuan kurikulum ialah pengetahuan tentang kurikulum dalam pengertiannya yang luas mengenai program pengajian dan jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran. Bagi Shulman, pengatahuan ini juga dianggap sebagai ‘alat’. Bahan yang digunakan tidak terhad kepada apa yang disediakan sahaja, guru perlu kreatif dan inovatif untuk mencipta alat bantu mengajar sendiri mengikut kesesuaian pelajar dan sebagainya.

Pengetahuan pedagogi am (General pedagogical knowledge)
Merujuk kepada pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperoleh melalui amalan, sebagai contoh, tentang cara mengawal dan mengurus bilik darjah dan cara menarik dan mengekalkan minat pelajar. Namun begitu, pengalaman seseorang guru turut membantu walaupun tiada pengetahuan mendalam mengenai pedagogi am. Malah pengalaman lebih membantu sebenarnya jika dibandingkan dengan pengetahuan terhadap teori semata-mata.

Pengetahuan konteks pendidikan (Knowledge of educational contexts)
Pengetahuan ini adalah tentang semua latar di mana pembelajaran berlangsung: sekolah, bilik darjah dan konteks pendidikan yang lebih luas bagi komuniti dan masyarakat. Konteks boleh berubah sepenuhnya. Konteks mempunyai kesan yang besar ke atas prestasi mengajar dan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan guru dan prestasi bilik darjah. Meliputi tahap sosioekonomi kawasan, jenis dan saiz sekolah, saiz kelas, kualiti sokongan rakan sejawat dan kualiti hubungan guru di sekolah.

Pengetahuan matlamat, tujuan, nilai dan falsafah pendidikan serta asas sejarah (Knowledge of educational ends, purposes, values and philosophical and historical grounds)
Mengajar adalah aktiviti yang mempunyai tujuan: guru mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang bagi pelajaran atau sesi pengajaran. Pengajaran juga adalah usaha menerapkan nilai-nilai dimensi moral ke arah melahirkan warga bermoral tinggi dan bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment