Tuesday 13 September 2011

PROJECT-BASED LEARNING(PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK)



Definisi :
 
Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu.

Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui  “Handbook- Project Based Learning” menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.

Teknik ini hampir sama dengan teknik pembelajaran berasaskan masalah. Bezanya ialah teknik pembelajaran berasaskan projek biasanya melibatkan penghasilan sesuatu produk ataupun bahan. Contohnya, mesin, peralatan, model dan lain-lain. Manakala pembelajaran berasaskan masalah lebih berfokus kepada masalah, punca dan penyelesaiannya.



Kaedah pembelajaran :

1)Penyataan masalah atau isu
2)Idea pelajar
3)Pelaksanaan projek (pengumpulan bahan/maklumat/data, memproses maklumat/data)
4)Pembentangan projek/hasil tugasan
5)Penilaian
6)Laporan
¨    
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek :

Beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek merangkumi:


  • Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. 
  • Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. 
  • Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap tahap  proses (guru sebagai fasilitator) 
  • Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
  • Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri. 
  • Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
    • Berorientasikan dunia sebenar.




    2 comments:

    1. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. SYABAS kepada ahli-ahli kumpulan enam kerana dengan gigihnya anda semua telah mempamerkan kerjasama yang amat baik sepanjang 2 minggu ini. Apa yang dapat saya katakan berkenaan kursus ini, KPD 3016 adalah pertamanya saya bersyukur kerana kita semua telah mendapat seorang pensyarah yang sangat bertolak ansur iaitu Dr Razak. Ini membuatkan saya tidak berasa terbeban oleh tugasan-tugasan yang perlu disempurnakan kerana pensyarah kita amat bersikap terbuka dan bersedia menerima pandangan para pelajar. Walaupun kami baru sahaja mengikuti kursus ini tetapi memandangkan semua pelajar kursus ini terdiri daripada rakan-rakan yang mengambil Program Sains(AT16) jadi ini memudahkan komunikasi antara saya dan rakan-rakan yang lain apabila terdapatnya perkara-perkara yang saya kurang faham atau saya terlepas pandang sewaktu pensyarah memberikan arahan. Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah iaitu P&P yang berpusatkan pelajar memberi kami ruang untuk mencari dan menganalisis sendiri maklumat-maklumat berkaitan tugasan yang secara tidak langsung mengasah kemahiran para pelajar untuk memproses sesuatu maklumat. Namun begitu, saya berpendapat bahawa tempoh 3 jam P&P akan menjadi tempoh yang terlalu panjang dan membosankan sekiranya tidak dirangcang dengan baik. Pelajar akan berasa bosan dan seterusnya hilang tumpuan tehadap sesi P&P yang dijalankan. Tambahan lagi bilik pembelajaran menyediakan kemudahan komputer dan internet. Oleh itu, sesetengah pelajar mungkin mengambil ruang dan peluang daripada waktu yang terluang untuk melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P.
      Sudah menjadi kebiasaan dan lumrah manusia membuat hipotesis ataupun tanggapan awal apabila bakal menghadapi sesuatu perkara yang baru. Begitu juga saya yang pada mulanya beranggapan bahawa Kursus KPD 3016 ini pastinya membosankan hanya dengan melihat pada tajuk kursus ini sahaja. Namun luaran tidak menggambarkan dalaman. Tidak malu untuk saya katakan di sini, seandainya saya tidak mengambil kursus ini berkemungkinan saya tidak akan tahu bagaimana untuk mencipta atau mereka sebuah blog. Selama ini saya sekadar membuka dan membaca blog-blog yang dihasilkan oleh individu-individu lain dan tidak terlintas untuk saya mencipta blog sendiri. Justeru, terima kasih kepada Dr. Razak kerana tugasan yang diberikan beliau secara tidak langsung memaksa(pada mulanya) saya untuk belajar menghasilkan blog dan ianya sesuatu yang menarik.

      SEKIAN.....Selamat beramal....eclass dari hati...

      ReplyDelete
    2. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana KPM sentiasa menitikberatkan perkembangan pendidikan sains sejak sebelum merdeka lagi hinggalah ke hari ini. Setiap perubahan yang dilakukan adalah relevan dengan keperluan semasa serta bagi membolehkan rakyat Malaysia, generasi muda khususnya dapat memperolehi ilmu serta kemahiran semaksima yang mungkin dalam bidang sains justeru setanding dengan rakyat di negara-negara maju yang lain.

      ReplyDelete