Tuesday 27 September 2011

AKTIVITI 4

Nyata dan huraikan contoh Pedagogical Content Knowledge (PCK) yang dapat digunakan untuk mengajar topik kumpulan masing-masing

Pedagogical Content Knowledge atau Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan merupakan gabungan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi am yang dikatakan merupakan pengetahuan yang unik kepada seorang pendidik.

represents the blending of content and pedagogy into an understanding of how particular topics, problems or issues are organised, represented, and adapted to the diverse interests and abilities of learners, and presented for instruction”.  -Shulman (1986)

PCK memainkan peranan penting kerana menggabungkan dua teras pengetahuan pedagogi yang penting di dalam bidang pendidikan. Sinergi ini bakal menghasilkan impak yang hebat terhadap pengajaran dan pembelajaran sekiranya diaplikasikan dengan tepat dan bersungguh-sungguh.

Berikut merupakan proses pembinaan PCK yang mengadaptasi Model Penalaran Pedagogi:

Kefahaman

Untuk mengajar, guru perlu memahami isi kandungan topik tenaga nuklear. Bagi subtopik pertama, guru perlu memahami bahan-bahan radioaktif, radiasi radioaktif, radioisotope (karbon, kobalt, iodin), proses penguraian dan pemancaran radioaktif (alfa, beta, dan gamma), dan kegunaan bahan radioaktif dalam pelbagai bidang. Bagi subtopik kedua pula, guru perlu memahami penghasilan tenaga nuklear dan kegunaannya seperti pembelahan dan penyatuan, proses menjana tenaga elektrik dari tenaga nuklear, serta kesan-kesannya. Manakala, subtopik ketiga pula mengenai kesedaran menguruskan tenaga nuclear secara berhemah, cara yang paling sesuai untuk menguruskan tenaga nuklear, kesan kecuaian ke atas alam sekitar dan manusia terutamanya, guru menceritakan mengenai tragedi Chernobyl contohnya,

Transformasi

Guru memindahkan isi kandungan yang telah difahami kepada pelajar melalui pelbagai cara agar difahami pelajar.

Kaedah video dan simulasi: proses penguraian dan pemancaran radioaktif (alfa, beta gamma), pembelahan dan penyatuan dan proses menjana tenaga elektrik dari tenaga nuklear.

Kaedah penerangan, rajah, dan carta: bahan-bahan radioaktif, radiasi radioaktif, radioisotop (karbon, kobalt, iodin), perbezaan antara radiasi radioaktif (alfa, beta gamma), kegunaan bahan radioaktif dalam pelbagai bidang, dan tragedi Chernobyl.

Kaedah perbincangan kumpulan: kesedaran menguruskan tenaga nuklear secara berhemah, cara yang paling sesuai untuk menguruskan tenaga nuklear, kesan kecuaian ke atas alam sekitar dan manusia terutamanya, kesan jangka masa pendek dan panjang tenaga nuclear, dan etika dalam bidang ini, serta perdebatan mengenai pembinaan stesen tenaga nuklear di Malaysia.

Instruksi

Guru membahagikan pelajar ke dalam beberapa kumpulan, mereka diberi tugasan seperti dinyatakan di atas kemudian diberi tugasan berkumpulan seperti yag tercatat di atas, selain itu pelajar juga dikehendaki mendengar penerangan daripada guru.

Penilaian

Guru membuat pertandingan kuiz antara kumpulan, ujian, kuiz individu, persembahan hasil kajian (video, buku skrap atau lain-lain), mengadakan debat antara kumpulan dan mengumumkan pemenangnya serta diberi penghargaan.

Refleksi

Pelajar diminta menulis satu refleksi di atas kertas mengenai nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam topik ini.

Kefahaman baru

Guru memerhati tingkah laku dan kecenderungan pelajar dalam setiap aktiviti yang dilakukan, memasukkan unsur-unsur nilai murni dalam pembelajaran serta menambah pengetahuan yang lebih mendalam mengenai tajuk ini.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan perlu dititiberatkan oleh setiap guru agar ilmu pengetahuan yang diajar sampai ke minda pelajar dengan berkesan....namun pada masa kini, segelintir guru memandang remeh tentang perkara tersebut dan akibatnya berlaku pengajaran di dalam kelas yang hanya melibatkan bacaan guru terhadap bahan rujukannya seperti buku teks atau 'slide show'. Pengajaran tersebut akan membawa kepada pengajaran yang berpusatkan guru sahaja...keadaan ini akan menyebabkan pelajar mudah merasa bosan terhadap pengajaran yang diajar....renung2kan...sekian

    ReplyDelete