Sunday 18 September 2011

KRONOLOGI SEJARAH PENDIDIKAN SAINS DI MALAYSIA

Sebelum Perang Dunia Kedua

1939
  • Sebuah jawatankuasa ditubuhkan oleh Negeri-Negeri Selat (NNS) dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) untuk menggubal tujuan pendidikan Sains dan menyusun sukatan pelajaran Sains.
  • Jabatan Pendidikan hanya menawarkan kursus 4 tahun Sains Am.
    Terdapat hanya sebuah sekolah sahaja di dalam NNMB yang menawarkan kursus ini.
Semasa Perang Dunia Kedua
1941-1945
  • Perlaksanaan Pendidikan Sains dihentikan

 Selepas Perang Dunia Kedua
Kursus Sains Am diperkenalkan di semua sekolah menengah dengan menggunakan sukatan pelajaran Britain.


Selepas Merdeka
Dasar pelaksanaan Pendidikan Sains diperkemas dan diperluaskan kerana penting untuk pembangunan ekonomi dan sosial.

Sejak1960

  • Kementerian pendidikan telah melakukan beberapa perubahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains:-
  1. Projek Khas Sains Sekolah Rendah
  2. Kurikulum Sains Paduan Sekolah Menengah Rendah
  3. Kurikulum Sains Tulen Moden (Biologi, Fizik,Kimia,Rampaian Sains) untuk sekolah menengah
1983
  • Sewaktu pelaksanaan KBSR matapelajaran sains telah digabungkan dengan matapelajaran sejarah, geografi, kesihatan dan sivik  menjadi satu mata pelajaran yang dinamakan Alam dan Manusia. 
1994/1995
  • Matapelajaran sains diperkenalkan semula kepada murid Tahun 4 kerana perlaksanaan Alam dan Manusia menghadapi beberapa masalah.
2003
  • Perlaksanaan PPSMI untuk semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.
  • Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.                                        

2011
  • Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) diperkenalkan dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih kreatif.



CADANGAN Untuk Meningkatkan Keberkesanan Kurikulum Sains:

1) Guru-guru yang mengajar subjek ini perlu diberi pendedahan dan latihan yang lebih mantap dalam aspek pengurusan makmal seperti teknik penggunaan radas yang betul.

2) Kemudahan fizikal seperti radas dan makmal perlu dilengkapkan terutamanya di sekolah-sekolah sekitar luar bandar supaya setiap murid berpeluang menggunakan alatan-alatan yang terdapat di makmal sains serta mempraktikkan teori yang diajar sebelumnya di dalam kelas.

3) Guru-guru sains perlu kreatif apabila mengajar teori-teori sains kepada para pelajar seperti menggunakan simulasi dan video 3D untuk menghuraikan teori tersebut.

4)Guru-guru sains perlu megatasi miskonsepsi para pelajar sebelum mengajar sesuatu tajuk kerana beberapa kajian telah menunjukkan pelajar sudah membentuk konsepsi alternatif iaitu idea-idea yang bercanggah dengan konsepsi atau penerangan saintifik sebelum guru mula mengajar.

18 comments:

  1. refleksi:

    Saya dapat mempelajari cara-cara membuat blog dengan lebih mendalam dengan adanya tunjuk ajar daripada rakan sekelas dan pensyarah yang mengendalikan kursus ini.
    Pada hari ini kami dikehendaki untuk membuat kronologi sejarah pendidikan sains di di Malaysia. Kami membuat perbincangan sesama ahli kumpulan, mujurlah ada juga yang rajin membuat ringkasan dengan apa yang mereka telah baca. Syabas diucapkan.... Jesteru itu, proses penyususan krologi menjadi lebih mudah dan dapat difahami. Menerusi penyusunan ini, saya dapat lihat dengan jelas perkembangan pendidikan sains di Malaysia. Pelbagai usaha telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Terdapat juga maklumat yang perlu dicari dengan lebih terperinci untuk memastikan kesahihannya. Dengan kerjasama daripada ahli kumpulan, tugasan ini dapat disiapkan dalam bilik kuliah dan akan dikemaskini dengan lebih baik lagi..

    ReplyDelete
  2. lagi 1..
    bagi saya.. lagu2 menganggu kosentrasi semasa membaca kerana tiap kali refresh atau masuk semula ke blog,lagu tu akan ulang semula..

    hanya pendapat dari saya.. :)

    ReplyDelete
  3. tidak salah kalau nak letak lagu,nampak kreatif tp lagi sesuai kalau anda gunakan media yang dapat pause lagu..
    sekian.

    ReplyDelete
  4. komen anda semua amatlah dihargai...kami akan cuba perbetulkan masalah tersebut dan menambahbaik blog ini dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  5. Isu perkembangan pendidikan sains di Malaysia telah membawa kepada perubahan kurikulum pendidikan sains yang lebih relevan untuk menjadikannya lebih berdaya saing setanding dengan kurikulum antarabangsa. Justeru, generasi kini dan akan datang menjadi lebih berintegriti, celik ilmu terutamanya sains dan teknologi; seiring dengan arus globalisasi yang mementingkan perkembangan sains dan teknologi

    ReplyDelete
  6. Jika dahulu pelajar hanya didedahkan dengan fakta semata-mata tetapi sekarang dengan kecanggihan teknologi dan kepakaran guru, pelajar dapat memahami matapelajaran sains dengan lebih mendalam dan dapat melihat sendiri proses yang berlaku dalam sesetengah perkara.

    ReplyDelete
  7. Susunan kronologi mengikut tahun mudah difahami. Perubahan-perubahan yang dilaksanakan dalam meningkatkan lagi sistem pendidikan sains dapat dilihat dengan jelas.Pendidikan sains di malaysia telah diperkembangkan dari masa ke semasa dan ia penting untuk menjadikan malaysia sebuah negara maju.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum dan salam sejahtera….
    Berdasarkan bahan bacaan yang diberi, Pendidikan Sains telah bertapak di Negara kita dari dulu lagi. Tetapi corak pendidikan yang berbeza dari semasa ke semasa. Bahan bacaan yang terlalu panjang menyebabkan saya tidak terlalu memahami dengan betul tentang perkembangan pendidikan sains yang ingin disampaikan oleh penulis. Setelah membuat susunan kronologi seperti di atas perubahan pendidikan sains dulu hingga sekarang lebih difahami. Selain itu juga penggunaan peta minda juga boleh menarik minat untuk membaca. Sebagai contoh kumpulan 2 yang menggunakan peta minda yang berwarna-warni. Ia juga sangat memudahkan pembacaan terutamanya dalam kalangan pelajar.

    ReplyDelete
  9. Isi yang padat dan penyampaian yang ringkas.Isu pendidikan sains ini sudah lama berada di negara kita,iaitu sebelum merdeka lagi. apa yang kita lihat sekarana ialah hasil daripada usaha kerajaan dalam melahirkan generasi yang hanya tidak tertumpu pada fakta semata-mata.tetapi mampu untuk mengaplikasikan semua fakta-fakta etrsebut.

    ReplyDelete
  10. such a very sweet blog with pink background..tapi content agak ringkas. mungkin perlu penambahbaikan..
    cadangan yang diberikan amat wajar dan bertepatan. syabas!!

    ReplyDelete
  11. saban masa..dasar pendidikan di malaysia mengalami perubahan dengan tujuan melahirkan sumber manusia yang berdaya saing..sebagai yang sedia maklum..pada tahun 2011...kbsr ditukarkan kepada kssr kerana untuk memberi garis panduan yg efisien dan sofistikated sejajar dengan piawian pendidikan kita

    ReplyDelete
  12. Refleksi:
    Sememangnya pendidikan Sains mengalami perubahan yang merangsangkan di Malaysia lebih--lebih lagi pada abad ke-21 ini. Namun, perkembangan bidang Sains di Malaysia masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Oleh itu, adalah menjadi tugas pendidik generasi alaf baru ini untuk mencetuskan satu revolusi di dalam bidang ini terutama sekali dalam situasi pembelajaran sekarang yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Sains akan menjadi lebih menarik jika kita belajar demi ilmu itu sendiri dan bukannya mengejar skor mata pelajaran tersebut.Pendekatan 'learning by doing' amat sesuai pada pandangan saya dan cabaran untuk melaksanakannya tidak mudah saya katakan namun tidak susah. Ia terserah atas pilihan. Apalah erti hidup kalau bukan pada memberi.. :)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum

    pada pendangan saya, guru merupakan aset yang paling penting di dalam P&P...bagaimana cara guru mengendalikan P&P di dalam kelas adalah sangat penting dan bagaimana guru boleh menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains yang diajar juga sangat penting agar pelajar tidak menerima fakta-fakta yang disampaikan sebulatnya bagi persediaan untuk menempuhi peperiksaan.... tetapi jika pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan ini dihapuskan, bagaimana untuk kita menilai kemajuan pembelajaran pelajar tersebut???...guru perlu memainkan peranan yang sewajarnya..persoalannya bagaimana untuk melahirkan seorang guru yang sedemikian???...renung2kan...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.
    Cantik blog ni. Simple. Perisian yang mantap dan ringkas. Mungkin boleh buat penambahbaikan dari segi penyampaian isi kandungan. Tahniah.

    ReplyDelete
  16. Hasnor Izzati, untuk persoalan yang diberikan, pada pendapat kami peperiksaan itu perlu untuk menilai perkembangan dan juga kefahaman pelajar dalam satu matapelajaran tetapi pembelajaran tidak perlu berorientasikan peperiksaan. secara ringkasnya belajar untuk menuntut ilmu dan bukan semata-mata untuk peperiksaan.
    manakala untuk melahirkan guru yang seperti saudari maksudkan bergantung kepada usaha dan kesungguhan guru tersebut serta sokongan daripada kementerian dan kerajaan..
    selain itu sistem pendidikan kita masih lagi bersifat tidak holistik kerana guru akan didesak untuk menghabiskan silibus, menguruskan program, mesyuarat berpanjangan, dan lain2 kekangan.. (SMAF)

    ReplyDelete